Archive

Archive for November, 2010

Apakah musuh sebenar Bangsa Melayu Islam

November 14, 2010 Leave a comment

Terlalu banyak yang diperkatakan oleh pelbagai pihak tentang kedudukan Melayu yang sedang mengalami perpecahan yang meruncing.

Apabila kita mengaku yang perpecahan ini sedang berlaku, maka ini adalah permulaan yang baik kerana kita mempunyai peluang untuk mencari jalan untuk bersatu, cuma yang belum pasti adalah dibawah payung mana harus kita bersatu itu.

Persoalan ini setentunya akan membawa kita kepada tuntutan Ugama, tentunya kita ingin bersatu dalam payung Islam. Kerana Islam menuntut umatnya supaya bersatu. Malah bersatu itu adalah begitu tinggi kedudukannya dalam Islam. Setiap dari Muslim itu adalah bersaudara, maka pernahkah kita melihat umat Islam disekeliling kita ini sebagai saudara kita? Melihat wajah-wajah setiap orang Islam yang kita temui dengan pandangan mata yang redup sepertimana kita melihat wajah saudara kita?

Maka sebegitu pentingnya persaudaraan kita dalam Islam, adakah mana-mana pihak di negara kita hari ini yang mengajar erti persaudaraan Islam kepada kita? memberikan contoh melalui tauladan atas agungnya persaudaraan Islam ini? Malah adakah pihak-pihak mahupun diri kita sendiri yang mempraktikkan Islam sehingga timbul rasa hormat dikalangan rakan mahupun lawan, ini adalah ramuan penting kearah perpaduan. Kita semua punyai tanggungjawab dalam perkara ini. Inilah kekuatan yang telah lama kita lupakan.

Itulah musuh kita yang pertama.

Namun ianya tidak terhenti disitu saja, kita punyai musuh yang pelbagai, bagaimana pula dengan sikap kita, ia sikap yang sinonim dengan bangsa kita. Bangsa kita ini agak senang digula-gulakan, sedari zaman Siam, sehinggalah datangnya Portugis dan masih lagi tegar dalam jiwa bangsa kita.
Pernahkah kita terfikir bangsa manakah yang paling banyak terlibat dalam skim cepat kaya, swiss cash, projek ternak lintah dan sebagainya lagi skim yang melingkupkan. Maka apakah sebabnya begitu ramai bangsa kita yang terlibat dengan skim-skim ini? Kita senang digula-gula kan, itulah sebabnya. Dalam senario poltik hari ini, siapa yang faham akan sikap dan kelemahan orang Melayu ini akan mencuri peluang untuk menggula-gula kan bangsa kita supaya kita termakan dengan aneka janji manis, yang mana akhirnya kita semua sudah tahu akan akibatnya…..janji yang membawa telangkup, seperti skim pak man telo, skim swiss cash. Kita tidak akan pernah serik.

Itu belum masuk lagi bab tahyul hantu dan jin yang hari-hari menjadi bahan jualan popular dalam suratkhabar dan majalah tabloid. .Perkara yang bukan-bukan diambil jadi santapan minda, maka pelik kah jika kita melihat pilihan yang bukan-bukan juga dibuat oleh kebnyakan bangsa kita bila kita berhadapan dengan pemilihan antara yang hak dan yang batil. Bangsa kita punyai penyakit yang berat, sehinggakan ada yang sudah menyertai parti politik yang dikuasi oleh bukan Islam, yang agendanya, sejarahnya adalah untuk menghancurkan Islam.

PUN BEGITU..MUSUH KITA YANG TERBESAR BUKAN ANTARA YANG TERSENARAI DIATAS….bersambung

Nota:

( Penulis bukan tidak mempercayai kewujudan makhluk ghaib, malahan disekeliling kita memang di penuhi oleh makhluk ghaib, cuma kita tidak perlu menjadikannya tahyul, yang menghampiri syirik)

Advertisements